topbella

09 September 2010

RINDUKU PADAMU...

Ya Allah
Terlalu pantas putaran waktu
Sehinggakan kita tidak terasa
Tabir ramadhan kini di kemuncaknya
Menunggu waktu untuk pulang

Ya Rabbi
Sudah cukupkah amalan2 ku di bulan ini
Bersujud mengabdi diri padamu
Alunan suci Al-Quran yang sentiasa mengiringi
Mencari keredhaanmu semata-mata

Ya Rahman
Ku panjatkan sepenuh kesyukuran
Diriku masih berpeluang untuk mengecapinya
Mengharungi bilah-bilah hari
Tanpa sebarang gangguan dan masalah

Ya Rahim
Doaku padamu agar di ampunkan
Segala keterlanjuran dosa2 ku selama ini
Moga mendapat perkenan darimu
Serta limpahan rahmat dan hidayah mu

Ya Ramadhan
Salam rindu ku hulurkan
Meratapi pemergianmu
Moga ketemu lagi ramadhan akan datang
Dengan lebih istiqamah

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile