topbella

12 May 2013

'HARI IBU'


Katakan 'ya' kepada silang budaya. Katakan 'tidak' kepada serangan budaya. (Syeikh al-Qaradhawi).

Hari Ibu suatu silang budaya yang baik. Seperti kita kadang kala mengambil budaya makan pakai sudu, pakai baju kot dan sebagainya. Islam tidakpun menegahnya. Para sahabat ketika menakhluk sesebuah negara tidak memusuhi budaya masyarakat itu yang tidak bercanggah syariah.

Hari Ibu bukannya suatu 'serangan budaya' seperti Hari Valentine. Operasional Hari Valentine akan membawa sepasang kekasih mendekati zina. Manakala, operasional Hari Ibu akan membawa seorang anak yang mungkin sibuk dengan dunianya, 'tersentap' merindui dan mengenang semula semua jasa-jasa ibu. Meskipun setiap hari dia memang perlu menyayangi ibunya. Lumrah manusia sering terlupa untuk menghargai.


Oleh sebab itu, saya lebih tenang bersama dengan golongan yang berpendapat HARI IBU ADALAH HARUS, selagi operasionalnya patuh piawaian syariah.

Selamat Hari Ibu buat bondaku sayang!

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile