topbella

13 May 2013

PERHENTIAN ISLAND TRIP: DAY 2


bersambung...

Cerita bersambung di hari kedua pula. Bila bangun tidur je terus rasa excited...xsabar nk main air laut dah ni. Sarapan disediakan dari jam 8-9 pagi. Kami turun dari bilik dgn beg siap2 so xperlu nk naik lg lps breakfast tu. Menu breakfast pagi tu ada nasi goreng, kue tiow goreng, kentang goreng, ditambah lagi dgn koko krunch dan roti bakar. Byk giler!!! semua angkut bwk ke meja. Air plk ada sunquick dgn teh'o. Makan santai2 sementara menunggu utk ke aktiviti pada pagi tu. 
Inilah panaroma waktu pagi di Pulau Perhentian. Memang cantik dan kami berjalan menyusuri kawasan pantai sambil menghirup udara pagi yg segar dan tenang. 
Aktiviti kami akan bermula pada jam 10.30 pagi. Ada masa lagi sejam tu, kami bergambar dulu. Kami berlima so kalau semua nak masuk dlm gmbar kenalah guna self-timer..hihi. 
Habis dah bergambar. Main game zaman kanak-kanak plk. 'Teng-Teng' namanya kalau xsilap. Game ni mengimbau kenangan waktu kecik-kecik dulu. Penat jgk main game ni almaklumlah umur dah meningkat sekarang....hahaha
Around 10.30, snorkeling guide kitaorg pn dtg amik dan bawa ke tempat mengambil peralatan-peralatan yg akan digunakan ketika snorkeling nnt. Inilah peralatan yg digunakan spjg aktiviti itu mask (topeng selam), snorkel (j tiub) and fins (kaki katak/itik).
Setelah mengambil semua peralatan tersebut, bermulalah aktiviti snorkeling kami pada pagi itu. Based on package kami akn dibawa ke 5 marine park iaitu Shark Point, Turtle Point, Coral Garden, Fisherman Village dan Romantic Beach. Aktiviti bermula dari jam 11 tengahari sampailah ke jam 5 petang. 

Masa memula tu mcm takut jgk nak turun tp bila dah dpt tgk kat dasar laut tu terus jd berani. Seriously cantik sanggattttt!!!. Berpeluang melihat shark dan turtle berenang2 di dalam air tp xde lah sampai ke dasar pun..huhu. 
Jam 2 petang, kami bergerak ke kampung nelayan utk makan tengahari. Kami guna package so xde masalah. Inilah menu yg disajikan...banyaaakkkkk!!! sampai kekenyangan kami semua. Menunya ada tomyam seafood, ikan masak kicap, sayur campur, telur dadar di samping pencuci mulut buah tembikai, air pun tembikai jgk...huhu. Settle lunch, bergerak ke surau utk solat. 
Petang tu bersambung lagi aktiviti snorkeling kami. Kali ni pergi tgk Ikan Nemo plk...fuhhhh...teruja dpt tgk dekat2 ni. Tp ada satu park yg kami xberjaya turun iaitu Coral Garden coz waktu kami sampai tu laut tgh bergelora...rugiiii!!! Nak kena dtg lagi pasni...hehe
Jam 5 petang, berakhir dah aktiviti snorkeling kami. Back to our resort... see our faces dah burn semacam je. Sebelum tu dah tempek sunblock byk2 tp klu dah lama sgt mana nak tahan...hahaha.. Walauapapun jd kat muka kami tp kami xserik utk buat lg aktiviti ni. Sebelum turun dari bot tu, kami bergambar dgn our Snorkeling Guide yg sgt sporting melayan kerenah kami yg mcm2 hal ni dari start naik bot lagi...hehe. Million thanks Man!!!
Sampai di resort, kami xterus naik bilik tp bergerak ke pantai plk. Wehoooo!!! dpt main air lagi. Mandi manda jap kat situ sblm balik ke bilik utk mandi dan solat. 
Malam tu, semua dah keletihan. Mau tak letih, kami bersnorkeling sakan kat 5 tempat yg berbeza dlm masa xsampai sehari...separuh hari je ni. Tp dinner still turun...rugilah dah bayar tak g makan plk kan??? Dinner malam tu walaupun lauk byk tp memasing xlarat so makan pun xberapa nak laju. Ngantuk + Letih...haru jdnya kat meja makan. Dah tak excited mcm mlm td. 
Selesai dinner, sempat lg lepak amik angin sempena mlm last kitaorg kat sini. Nak tidur awal2 cam rugi plk tp kejap je lah sbb dah keletihan. Back to our room solat Isyak and terus zzzzzzzz. Esoknya dah nak balik. 

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile