topbella

24 May 2015

HARI GURU 2015


Minggu lepas tanggal 21 Mei 2015 telah diadakan sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah. Memilih tema 'back to school' telah mengujakan semua orang untuk ke sekolah pada hari tu. Kami pihak guru cuba menyembunyikan dari murid-murid supaya ianya akan menjadi kejutan nanti. 

Bagi aku yang dah meninggalkan alam persekolahan sejak 2006 lagi, aku tidak menyimpan mana-mana stok baju sekolah yang lama. Dah larrr baju sekolah rendah pulak tu. Demi memeriahkan sambutan kami guru-guru bersepakat untuk meminjam dari mana-mana kawan, adik-beradik ataupun murid sendiri. Aku pulak telah meminjam baju dan tudung dari sepupu aku manakala kain aku beli yang baru. Nampak tak semangat kat situ....

So here we go!!!!
Selamat Hari Guru Cikgu!!!! Ini pentas yang dihias sehari sebelum acara berlangsung. Nampak tak kipas warna warni kat belakang tu....akulah yang buat tu dibantu oleh murid-murid yang lain. Menggunakan kertas A4 berwarna terus nampak cantik dari jauh. 
Guru-guru lelaki...muda belia je nampak kan???? Tapi jangan tertipu ini semua bapak-bapak orang dah.
Guru-guru perempuan pun apa kurangnya. Lagi nampak ayu berseri-seri gitu....huhu. Semua sporting dan menjadikan majlis meriah dan best. 
Ini pulak murid-murid yang setia menanti majlis bermula. Untuk hari ni...anak-anak murid jadi penonton je. Bagi peluang kat guru-guru ni plk bersuka ria. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Kami Guru Malaysia. Seterusnya ucapan dari PK Hem, PK Pentadbiran dan Guru Besar. Selesai ucapan, bermulalah upacara perasmian sambutan Hari Guru peringkat sekolah sesi 2015. Acara simbolik memotong kek dan semua kek-kek tu adalah sumbangan dari ibu bapa kepada murid-murid. 
Selepas selesai upacara perasmian, semua bergerak ke kantin untuk sarapan pagi. Nampak tak keterujaan kami nak jadi pelajar balik. Makan pun kena beratur.
Settle part makan, bermulalah pula pertandingan untuk guru-guru. Murid-murid dok tepi je jadi penyokong guru-guru favourite mereka. Untuk guru-guru lelaki acara yang dipertandingkankan ialah menggosok baju kemeja paling kemas. 
Manakala guru-guru perempuan pula bertanding bagi acara mengopek buah kelapa paling cepat. Habis kuar semua skill skill diaorang ni. Aku tak join pun...tak pandai weiiiii

Acara-acara yang dipertandingkan ini telah dipilih sebulat suara ketika mesyuarat sebelum itu. Dan kalau korang nak tau, sebelum berlangsungnya sambutan ini...kami guru-guru telah pergi ke Mesra Mall utk bowling tournament. Kami pergi sebelah petang beberapa hari sebelum sambutan ini. 
Can u find which one is me???? Hehehe. Yes.. I'm in mint green saree. Selepas berakhirnya pertandingan-pertandingan itu, diadakan pula persembahan dari guru-guru. Guru-guru lelaki mempersembahkan boria yang sangat melucukan dari segi liriknya manakala guru-guru perempuan mempersembahkan tarian bollywood. Lupa nak amik gambar - gambar waktu persembahan kami. 

Penutup acara pada hari itu adalah penyampaian hadiah kepada pemenang, makan tengahari dan majlis pun bersurai. 
Bergambar kenangan dengan semua guru-guru. Ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan gambar kelas waktu sekolah dulu-dulu kan. 

Secara keseluruhannya, majlis berjalan lancar dan sangat meriah. Tahun depan buat yang best-best dan kreatif lagi. 
Penuh beg aku dengan hadiah-hadiah dari murid-murid. Thanks so much everyone and I Love You Dearest Students.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile