topbella

16 May 2016

HARI GURU 2016

Assalamualaikum...

Hari ini telah diadakan sambutan Hari Guru di sekolah aku. Bertemakan 'Back To School', semua guru-guru diminta untuk memakai uniform sekolah.


Sambutan dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa, ucapan dari guru besar dan bacaan amanat Menteri Pendidikan oleh Guru Penolong Kanan 1. 


Para guru berkumpul di depan pentas sambil mendengar dengan penuh khusyuk. Khusyuk ke??? Aku tengok rata-rata tengah layan handphone. Biasalah nak update status larrr tu tak pun nak wish Selamat Hari Guru...huhu


Murid-murid pula diminta duduk berdepan dengan para guru. Seronok diaorg. Ye lah hari ni tak payah belajar dan boleh main-main. 


Selesai semua ucapan, para guru menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'. Lagu wajib setiap kali sambutan hari guru. 

Disusuli pula dengan persembahan dari pelajar-pelajar. Diaorg sepakat nak buat kejutan untuk guru-guru dengan persembahan nyanyian. 




Habis je persembahan, tibalah pula untuk upacara simbolik iaitu memotong kek. Kek-kek adalah sumbangan dari PIBG, kantin sekolah dan juga Pejabat Dun Bukit Besi. 




Menjelang tengahari, bermulalah acara-acara yang melibatkan guru dan murid-murid. Ada dalam sepuluh acara yang dipertandingkan. Masing-masing excited nak menang dan nak hadiah.


Aku hanya menang tempat kedua bagi permainan model of the year. Bukan model catwalk tu...ni buat baju dengan suratkhabar pastu pakaikan pada pelajar.


Acara penutup untuk hari itu adalah sesi bertukar-tukar hadiah antara guru-guru. Menggunakan cabutan nombor dalam balang. Amik nombor dan pergi cari hadiah yang bernombor tersebut. Aku bawak balik seterika. Bertambah lagi koleksi iron kat rumah. Aku memang suka iron baju pun sebenarnya...hehehe...


Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar pendidik dari kami team Guru Kafa SK Lintang.



0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile